GUA MUSANG – Masalah anjing liar yang berkeliaran di Perumahan Tengku Iskandar Ahmad di sini bukan sahaja mencetuskan isu keselamatan tetapi juga masalah kehilangan selipar penduduk sejak kebelakangan ini. Penduduk mendakwa, selipar yang diletakkan di luar rumah sering dilarikan anjing liar dan kejadian itu berlaku hampir setiap hari. Seorang penduduk, Hasnah Deraman, 54, berkata, pada awalnya, mereka menyangka selipar berkenaan tersalah letak sebelum menyedari ia dibawa lari oleh anjing liar. Katanya, dua ekor anjing liar juga bertindak agresif apabila kerap……














