fbpx
KHAIRY (baju merah) dan Mohd Sumali (kanan) bergambar dengan ahli keluarga Sumali pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI/KOSMO!

Saya serah kepada UMNO – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada permohonannya menyertai semula parti itu diterima atau sebaliknya.

Menurut beliau, permohonan rasmi telah diserahkan sendiri kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu pertemuan pada 16 Mac lalu.

Katanya, hasratnya hanya untuk kembali sebagai ahli biasa tanpa sebarang tuntutan atau keistimewaan.

“Tumpuan saya sekarang adalah untuk diterima sebagai ahli UMNO terlebih dahulu. Saya serahkan kepada parti untuk membuat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan di Jalan Parit Ismail, Benut, di sini, petang ini.

Mengulas lanjut, Khairy menyifatkan permohonannya sebagai satu ‘perjalanan pulang’ ke dalam parti yang pernah menjadi platform perjuangannya sebelum ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memaklumkan permohonan tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN