PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).
Hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Pahang (Tanah Tinggi Cameron), dan Johor (Tangkak dan Muar),” lapor MetMalaysia.
Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














