fbpx
Tangkap layar video kejadian di Elmina Rainforest, Seksyen U15, Shah Alam.

Lelaki tembak mercun dari kereta diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki bermain mercun dari sebuah kereta yang bergerak di sekitar Elmina Rainforest, Seksyen U15 di sini memakan diri apabila dia kini diburu pihak berkuasa selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.48 tengah hari tadi.

Katanya, rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan seorang lelaki berdiri melalui cermin ‘sunroof’ sebuah kereta sebelum melepaskan beberapa das tembakan mercun ke udara.

“Kejadian berlaku pada waktu malam dengan kenderaan itu dipercayai dipandu individu lain. Suspek melepaskan mercun dari dalam kereta yang bergerak. Tindakan berbahaya itu menarik perhatian orang ramai selepas video tersebut tersebar di media sosial,” katanya

Ramsay berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Polis sedang giat mengesan mereka yang terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 01117554394 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN