fbpx
SAARANI (kanan) pada Majlis Perasmian Projek Perumahan Rumah Perakku Kota Malim Prima di Tanjung Malim hari ini.

Konflik Asia Barat: ‘Bukan masa tuding-menuding’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

TANJUNG MALIM – Pertelingkahan dan pertikaian politk perlu dihentikan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global akibat konflik Asia Barat.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, konflik yang meruncing itu perlu dihadapi secara kolektif tanpa mengira perbezaan politik.

“Jangan tambah duka, mencurahkan cuka ke dalam luka akan menyebabkan keadaan lebih parah. Ini bukan masa tuding-menuding. Siapa mentadbir akan hadapi masalah yang sama,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Perumahan Rumah Perakku Kota Malim Prima di Tanjung Malim hari ini.

Berhubung jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan untuk mendengar taklimat kedudukan semasa ekonomi negara kesan konflik di Asia Barat, Saarani menyambut baik pertemuan tersebut.

“Saya dimaklumkan Kabinet bermesyuarat dua kali seminggu. Satu hari Rabu ialah mesyuarat biasa, satu lagi hari Jumaat mesyuarat khusus bersama dengan MTEN untuk memantau perkembangan semasa kesan ekonomi negara khususnya Malaysia ini daripada perang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN