fbpx
TONALI memainkan watak penting apabila meledak gol dan mencipta satu bantuan jaringan awal pagi semalam. - AFP

Itali ‘berpeluh’ ke final playoff Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGAMO – Ketua jurulatih Itali, Gennaro Gattuso mengakui terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum menewaskan Ireland Utara 2-0 dalam separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Gewiss itu, skuad Azzurri diberi tekanan hebat oleh pelawat sebelum Sandro Tonali membuka tirai jaringan menerusi rembatan luar kotak penalti dan mencipta peluang buat Moise Kean menambah gol kedua untuk ke pentas final.

Menurut Gattuso, perlawanan yang diharungi pasukan tidak mudah dengan lawan memberikan tentangan sengit sepanjang 90 minit.

“Ini aksi yang sukar dengan mereka telah menyukarkan pasukan beraksi seperti biasa walaupun saya anggap kami boleh melakukan lebih baik khususunya pada babak pertama.

“Namun, situasi berbeza pada separuh masa kedua dan kami membuat hantaran bola dengan lebih baik dan akhirnya mendapat hasil,” katanya.

Kemenangan itu membawa Itali ke final playoff menentang Bosnia dan Herzegovina pada 31 Mac depan.

Sementara itu, Tonali mengakui tekanan tinggi dirasai oleh pemain memandangkan Itali terlepas dua edisi terakhir Piala Dunia sebelum ini.

“Kami merasai tekanan, tetapi tiada pilihan selain menang dalam final nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN