fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Imran Bard di laman TikTok.

‘Ini isu global, tak ada kena mengena dengan politik Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Imran Bard mencetuskan perhatian apabila tampil lantang menegur netizen yang didakwa salah faham mengenai kenaikan harga minyak.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Imran membidas mesej seorang pengguna yang mempersoalkan kenyataannya tentabg kenaikan harga minyak bukan hanya berlaku di Malaysia, sebaliknya melibatkan banyak negara di seluruh dunia.

“Ini isu global. Satu dunia mengalami benda yang sama, bukan Malaysia sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Imran turut menyelar sikap segelintir pihak yang gemar mengaitkan segala isu dengan politik, selain menyindir tindakan berbalas label antara kelompok tertentu yang menurutnya tidak membawa sebarang manfaat dalam memahami krisis sebenar.

“Aku memang tak tahu pasal politik, betul apa kau cakap. Aku ‘bodoh’ politik. Tapi kau tak perlu bijak politik untuk faham ini krisis global.

“Ada negara dah isytihar darurat sebab tak ada minyak. Yang kau kat sini, sibuk berlaga-laga sesama bangsa. Ini bukan masanya untuk kau orang bergaduh,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai kini mempunyai akses kepada pelbagai maklumat di hujung jari dan sepatutnya memanfaatkannya untuk membuat kajian sendiri sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Kau boleh buat ‘research’ sendiri. Kau boleh pilih nak jadi bodoh atau jadi bijak, semuanya di hujung jari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN