fbpx
Gambar pinggan mangkuk ditutup kain langsir menyerupai jenazah yang dimuat naik di Threads oleh N.tynnaa

Ingat jenazah, rupanya mak ‘selimutkan’ pinggan mangkuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menutup longgokan pinggan mangkuk menggunakan sehelai kain langsir mengundang situasi cemas terhadap ahli keluarganya, awal pagi tadi.

Menerusi satu hantaran yang tular Threads oleh @N.tynnaa berkata, dia terkejut apabila mendapati satu susuk panjang yang menyerupai jenazah diletakkan di atas lantai rumahnya kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, dia hampir terpedaya dengan bentuk objek tersebut yang menyerupai tubuh manusia yang dilitupi kain, sebelum mendapati ia hanyalah pinggan mangkuk yang sedang dikeringkan.

“7 pagi ye korang. Mak aku tutup pinggan mangkuk yang aku tengah sidai bagi kering,” katanya.

“Masalahnya macam jenazah cukup sifat mana tak meloncat aku pagi-pagi nak pergi ke dapur,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersetuju bahawa ia kelihatan seperti jenazah dan hampir meninggalkan komen ‘takziah’ kepada pemilik akaun tersebut.

“Nyaris nak ucap takziah tapi nasib baik saya jenis suka membaca dulu,” jelas @Liliandkek.

“Kalau tak baca habis, aku pun ingat ada kematian,” ujar @Tun_Ezk pula.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Arissa_Firas.

“Orang tua-tua dulu kan mereka memang alas pinggan mangkuk dengan kain supaya lipas atau cicak tidak lalu pada waktu malam,”. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN