fbpx
SEBANYAK 206 sekolah di Kota Setar dan Pendang akan melaksanakan PdPR bermula esok. - GAMBAR HIASAN

Gelombang haba: 206 sekolah di Kota Setar, Pendang jalani PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebanyak 206 sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama tiga hari bermula esok.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, keputusan itu dibuat berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang merekodkan suhu harian Tahap Dua (Gelombang Haba) selama tiga hari berturut-turut di dua daerah tersebut sejak kelmarin.

“Sehubungan itu, selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan pengoperasian institusi pendidikan semasa cuaca panas, pelaksanaan PdPR akan dilaksanakan.

“Ia bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta warga sekolah sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan tersebut melibatkan keseluruhan 206 sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan PPD Pendang.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR tersebut, sekiranya keadaan cuaca menunjukkan perubahan kepada tahap normal, maka pengoperasian sekolah secara bersemuka akan diteruskan semula pada hari berikutnya berdasarkan penilaian semasa.

“JPN Kedah akan terus memantau perkembangan cuaca semasa dan akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tambahnya, semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga dimohon memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PdPR demi kesejahteraan murid.

Status Tahap 2 ditetapkan apabila suhu maksimum harian berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN