PETALING JAYA – “Cuaca panas terlampau. Sampai pokok kurma pun berbuah setelah 20 tahun lebih.”
Itu perkongsian seorang lelaki mengenai sebatang pokok kurma di tepi rumahnya yang berbuah buat pertama kali selepas 20 tahun ia ditanam.
Menggunakan profil @Enche Areniep di media sosial dia berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika ada kenalan yang menegur selepas ternampak buah pada pokok berkenaan.
“Pertama kali berbuah. Baru tengok (masa) raya pertama ada orang tegur nampak buah, terkejut saya,” katanya menjawab soalan netizen pada ruangan komen.
Hantarannya itu mengundang perhatian orang ramai yang turut berkongsikan perkara serupa.
“Patut la pokok kurma dekat rumah ayah saya tiba-tiba berbunga. Panas rupanya,” kongsi @Noor.
“Alhamdulillah, pokok (saya) tiga tahun dah keluar tiga biji, buat rasa-rasa,” ujar @Art.
“Maknanya suhu panas sama macam dekat padang pasir. Sebab tu dia berbuah,” komen @AmbangWati. – KOSMO! ONLINE
@areniep_batioAlhamdulillah 🤲🏼🤲🏼🤲🏼














