TIADA istilah bulan madu buat seluruh pasukan Selangor FC yang bakal berdepan cabaran lebih mencabar pada aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Bandaraya Petaling Jaya pada 5 April ini.
Walaupun masih lagi berada dalam mood hari raya, pemain tidak boleh lalai kerana persiapan lebih rapi perlu dilakukan khususnya dalam misi mencari bekal lebih selesa sebelum perlawanan timbal balik di Kuching, Sarawak pada 18 April nanti.
Bintang import The Red Giants, Hugo Boumous menjelaskan setiap pemain tidak mempunyai alasan untuk bersikap sambal lewa dalam usaha merealisasikan misi pasukan layak ke final.
“Sudah pasti kami akan melakukan persiapan dengan baik untuk menghadapi perlawanan separuh akhir. Seluruh pasukan pastinya mempunyai kemahuan yang saya.
“Kami akan kekal dengan kerja keras dan cuba lakukan sehabis baik bagi menghadapi apa juga cabaran dalam perlawanan selepas ini,” katanya.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan mempunyai rekod seimbanh dalam empat pertemuan terakhir dimana The Cats terbukti mampu untuk menghadirkan kekalahan sulung buat pengendali Selangor, Kim Pan-gon.
“Apa yang kami harap adalah kami dapat kekalkan momentum kemenangan dengan Kuala Lumpur City (15 Mac lalu) dan saya anggap kemenangan itu beri motivasi kepada Selangor FC.
“Selain itu, kami juga pastinya berharap mampu untuk mendapatkan bekalan lebih selesa pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri sebelum timbal balik,” kata pertahanan muda Selangor FC, Ahmad Zikri Khalili.














