fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki terbabit berpura-pura solat sebelum membongkar tabung masjid. - TikTok 

Pura-pura solat, lelaki kebas wang dalam tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Jember, wilayah Jawa Timur menerima kecaman orang ramai selepas dirakam berpura-pura menunaikan solat di sebuah masjid untuk mencuri tabung derma, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Masjid Al-Ijtihad semalam. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di platform TikTok oleh akaun @jawaposradarkudus menunjukkan lelaki itu berpura-pura menunaikan solat. 

Dia kemudian melihat sekeliling ruang solat sebelum membuka tabung dan melarikan wang kertas di dalamnya. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau mencuri untuk makan, saya boleh terima. Kalau untuk berjudi, semoga hidupnya tidak tenang,” kata seorang netizen. 

“Niat ke masjid untuk solat atau mencuri?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN