fbpx
Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki memecah tiga tabung Masjid Kampung Londah di Gemas, di sini, awal pagi tadi.

Penyamun tiga tabung Masjid Kg. Londah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki memecah tiga tabung Masjid Kampung Londah di Gemas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya telah menerima laporan dari ahli jawatankuasa masjid serta mendapati kejadian berlaku antara pukul 4.07 pagi hingga 4.30 pagi tadi.

“Suspek dipercayai dua orang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah kereta telah masuk ke dalam kawasan masjid dan suspek tersebut telah memecahkan serta mengambil kesemua wang di dalam tiga tabung yang diletakkan di dalam masjid tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Usaha mengesan dan menangkap suspek kini sedang giat dijalankan. Pegawai perhubungan masjid juga telah diarahkan untuk bersama sama dengan semua pihak pengurusan masjid di seluruh daerah ini untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian ini berulang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN