fbpx
Vadivelu (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

Penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan diparkir kereta sebuah kawasan perumahan empat tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh V. Vadivelu, 39, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M.S Arunjothy.

Pertuduhan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama tiga lagi lelaki yang telah dituduh, didakwa telah membunuh Goh Chok Chuan, 63, (umur ketika waktu kejadian) di parkir kereta berhampiran pondok pengawal sebuah perumahan di Jalan Desa Kiara di sini pukul 11.40 pada 11 Julai 2022.

Justeru pertuduhan dikemukakan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta disebat tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor M.Alli Nangai
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 8 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga lelaki yang merupakan tertuduh dalam kes bunuh sama telah didakwa dan mengaku bersalah mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melapoarkan media melaporkan polis dalam kenyataannya berkata saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat mangsa.

Beliau berkata lelaki berkenaan dilaporkan ditembak berdekatan keretanya yang dipakir berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN