fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ular tedung itu melingkar di atas peha pemandu. - Facebook

Pemandu terkejut, ular tedung berlingkar di atas peha 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang penangkap ular di Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung yang ditangkap oleh pasukan penyelamat, terlepas dari dalam guni lalu melingkar di atas peha rakannya semasa memandu, lapor portal berita Thaiger. 

Nirut Nick Chom-ngam berkongsi detik cemas itu di platform Facebook, baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian menunjukkan ular tersebut melingkar di atas stereng kenderaan sebelum berada di pangkuan pemandu yang merupakan rakan Nick dikenali sebagai Ton. 

Selepas memberhentikan kenderaan, Nick bergegas keluar dan mengarahkan Ton untuk mendiamkan diri. 

Ton turut melakukan perkara sama selepas reptilia itu beralih ke tempat lain. 

Nick menemukan reptilia tersebut di lantai tempat duduk belakang dan mengeluarkannya daripada kereta dengan menggunakan kedua-dua tangannya. 

“Ular tedung itu ditangkap oleh pasukan penyelamat di wilayah Ayutthaya. Ular berbisa itu diletakkan di dalam guni sebelum diserahkan kepada saya untuk dilepaskan di habitat liar,” kata Nick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN