fbpx
MUHAMMAD Syahmi menyiram air mawar di pusara ibu tirinya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq, Merbok di Sungai Petani malam ini.

Pasangan dibunuh kejam selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Jenazah pasangan suami isteri yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Kampung Belau, Merbok di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq, Merbok kira-kira pukul 9 malam ini.

Terdahulu, dua van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa jenazah Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, tiba di masjid tersebut pada pukul 7 malam.

Jenazah dituntut oleh keluarga selepas selesai proses bedah siasat serta beberapa prosedur lain termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara-mara dan penduduk kampung hadir pada majlis pengebumian yang bermula selepas solat maghrib.

Sementara itu, anak tunggal Zikri, Muhammad Syahmi, 24, yang merupakan anggota tentera ketika ditemui enggan ditemu bual.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri terbabit bersama anak lelaki mereka berusia 29 tahun ditemukan maut dalam keadaan tragis di rumah mereka di kampung berkenaan.

Jenazah anak lelaki mereka telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN