fbpx
MENCARI kelainan, Erra Fazira dan suami merakam detik Syawal dengan momen unik menjadikan dasar laut sebagai 'studio' gambar raya mereka berdua.

Lain macam! Erra, suami salam raya di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jika pasangan lain memilih untuk merakam potret Syawal di laman rumah atau studio, lain pula ceritanya bagi pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang memilih dasar laut sebagai lokasi menyambut lebaran.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 52, dan suaminya, Ezuwan Zain mencuri perhatian apabila memuat naik momen luar biasa, bersalaman dan berpelukan mesra di dasar laut Pulau Tenggol, Terengganu.

Ezuwan, 45, tampil berani dengan mengenakan sepasang baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok di dalam air.

Manakala, Erra selesa mengenakan pakaian renang yang sesuai untuk aktiviti selam skuba dan menyarung kebaya bercorak batik.

Sebelum memulakan selaman, Erra turut dilihat sempat membantu suaminya merapikan lilitan sampin sebagai tanda kasih seorang isteri.

Rata-rata peminat teruja melihat momen manis yang dikongsikan selain kagum dengan usaha Ezuwan yang lengkap berbaju Melayu di dasar laut.

“Seronoknya, lain daripada orang lain beraya di dalam air,” kata pengikut.

“‘Rare’ (jarang) betul menyelam dengan baju raya tapi romantiknya,” ujar peminat.

“Kali ini Erra buat keputusan tepat dengan izin-Nya. Sebagai peminat, kami boleh nampak mereka sangat bahagia sebagai suami dan isteri, nampak lain daripada sebelum ini,” kata peminat lain.

Difahamkan, kunjungan mereka ke pulau tersebut turut disertai pasukan daripada KasiOnz Channel, iaitu program audio siar (podcast) kendalian pasangan tersebut.

Sebelum ini, pasangan terbabit diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 12 Disember 2025 di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang.

Ezwan memberikan mas kahwin berupa pokok emas yang mengandungi 24 keping dinar emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN