PETALING JAYA – “Tak payah sindir sana sini nak tunjuk konon dia hebat. Orang yang ada ‘class’ (berkelas) ni lain sikit perangai dia. Dia buat hal dia, jaga mulut dia, jaga maruah orang lain.”
Itu antara kenyataan seorang lelaki mengenai ciri-ciri yang ada pada diri seseorang berkelas tinggi.
Menggunakan profil @Pakcikhampa di media sosial dia berkata, individu yang ada ‘class’ tidak perlu menjatuhkan orang lain semata-mata untuk dilihat lebih ‘tinggi’.
“Orang yang betul-betul ada ‘class’ (berkelas), dia tak sibuk nak buka aib orang semata-mata nak nampak diri dia suci.”
“Sebab dia tau nilai diri dia bukan datang dari pujian orang dan bukan juga dari cerita buruk pasal orang lain,” katanya.
Hantarannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan perkongsian tersebut.
“Memang orang begini haus pujian dan minta didukung,” komen @Zhran.hys.
“Setuju sangat. Jadilah orang yang ada ‘class’ tersendiri. Jangan banyak buat drama atau ambil kisah hal orang. Jaga diri sendiri,” ujar @Cheq Nanie Yakab.
“Ntah la pakcik, hidup ni terlalu tenang kalau tak kelupur ambil tahu hal orang,” kongsi pengguna lain. – KOSMO! ONLINE














