fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang di Sabah dan Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Kapit (Belaga) dan Limbang.

“Bagi Sabah pula, kawasan yang terjejas adalah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang),” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN