JAKARTA – Seorang lelaki bergelar ustaz di Karawang, wilayah Jawa Barat menerima ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di daerah Tirtajaya semalam.
Hubungan sulit itu terbongkar selepas menantu perempuan dikenali sebagai EE, merakam pasangan tersebut berjumpa secara bersemuka.
Selepas dikepung penduduk tempatan, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Karawang untuk disoal siasat.
“Kedua-dua pelaku telah ditahan dan kes ini dikendalikan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata sumber di tempat kejadian. – AGENSI














