fbpx
PIASTRI mencipta sejarah malang sebagai pelumba pertama F1 merekodkan ‘Did Not Start’ dalam dua perlumbaan berturut-turut musim ini. - AFP

Enjin baharu F1 ‘makan diri’ – Piastri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUZUKA – Pelumba McLaren, Oscar Piastri mengeluarkan amaran awal mengenai cabaran besar yang bakal dihadapi pemandu musim ini apabila perubahan kecil pada unit kuasa Formula Satu (F1) berpotensi membawa kesan tidak dijangka.

Menurut pelumba muda itu, sistem enjin generasi baharu yang semakin kompleks menjadikan setiap pelarasan teknikal bukan sahaja sukar difahami, malah boleh memberi impak besar terhadap prestasi keseluruhan jentera.

“Unit kuasa sekarang memang sangat kompleks dan ada terlalu banyak peraturan. Kadang-kadang kita ubah satu perkara kecil, tetapi ia memberi kesan lain yang kita tidak jangka,” katanya.

Situasi itu jelas dilihat di Litar Shanghai, di mana pengurusan tenaga menjadi faktor utama membezakan prestasi pelumba, terutama dengan keupayaan pengecasan bateri yang berbeza berbanding litar lain.

Piastri menegaskan, keadaan tersebut menghadkan kebebasan pemandu untuk menyesuaikan strategi ketika perlumbaan kerana kebanyakan pelarasan perlu diprogram lebih awal oleh pasukan.

“Sebagai pemandu, kita sebenarnya tidak boleh buat banyak perkara. Walaupun kita tahu apa yang mahu diubah, kita tidak boleh lakukan serta-merta kerana semuanya perlu diprogram atau memerlukan perubahan kod,” katanya.

Dalam masa sama, amaran Piastri itu turut menguatkan kebimbangan beberapa pelumba lain mengenai kerumitan unit kuasa baharu yang dilihat semakin mengurangkan peranan spontan pemandu di litar.

Dengan musim yang masih panjang, cabaran teknikal ini dijangka terus menjadi faktor penentu, bukan sahaja dari segi kepantasan, tetapi juga keupayaan pasukan mengurus teknologi kompleks tanpa menjejaskan prestasi perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN