fbpx
Anwar ketika mengaminkan doa selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

Bekalan minyak masih stabil, kerajaan usaha cari jalan lain – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan sedang berusaha mencari jalan lain bagi memastikan bekalan minyak negara kekal stabil dan memenuhi keperluan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak masih stabil sehingga Mei depan seperti diumumkan sebelum ini.

“Setakat ini, (bekalan) Mei masih boleh tapi kita juga cari jalan lain. Kebaikan dan keistimewaan Petronas adalah pelaburannya yang pelbagai.

“Bukan saja di negara Teluk tetapi Brazil, Surinam dan Kanada. Jadi, kita cari jalan supaya dapat pulangan dan hasil bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, petang ini.

Tambah beliau, rakyat setakat ini telah melihat keadaan gawat di beberapa negara lain di sekeliling Malaysia.

“Kita harus bersyukur dan jangan terlalu leka dan sibuk dalam soal-soal politik. Fokus perlu ditumpukan dalam membela nasib rakyat dan negara ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN