fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Roy2pai di laman TikTok.

[VIDEO] Bantu ambulans akhirnya tolak kereta tepi jalan, selesai sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat seorang penunggang motosikal membantu ambulans dalam kesesakan lalu lintas akhirnya membuatkan dia menyelesaikan punca sebenar kesesakan di lebuh raya tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @Roy2pai, lelaki itu pada awalnya bertindak mengiringi ambulans di sebuah lebuh raya yang sesak teruk.

Namun, usahanya itu membawa kepada dia membantu punca kesesakan itu apabila penunggang motosikal itu terserempak dengan sebuah kereta yang tersadai di lorong kiri lebuh raya.

“Niat nak tolong ambulans, tapi jumpa punca kesesakan pula,” katanya di ruangan keterangan video.

Tanpa berlengah, lelaki berkenaan terus memberhentikan motosikalnya sebelum turun membantu menolak kereta tersebut ke bahu jalan.

Tindakan spontan itu turut menarik perhatian seorang lagi penunggang motosikal yang segera berhenti dan bersama-sama menghulurkan bantuan.

Hasil usaha kedua-dua individu itu, mereka berjaya mengalihkan kenderaan berkenaan sekali gus membantu melancarkan semula aliran trafik di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh lelaki terbabit.

“Besar pahala abang ni. Saya doakan motor sentiasa dalam keadaan terbaik, minyak sentiasa penuh, jalan sentiasa lengang untuk abang,” komen @Miker Zacker.

“Terima kasih orang baik, semoga Allah limpah-ruahkan rezeki yang mewah berpanjangan,” ujar @Faieszzzz.

“Ini sikap rakyat Malaysia yang mahal dan terpuji. Nampak orang susah terus berhenti bantu. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan,” ujar seorang pengguna lain.- KOSMO! ONLIN

@roy2pai niat nk tlg ambulance kita jupe punca jem #balikraya #fyp #r25 ♬ original sound – Roy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN