fbpx
Barisan pemain Itali giat menjalani latihan sebelum aksi menentang Ireland Utara pada playoff awal pagi esok.

Piala Dunia: Jangan pandang rendah Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGAMO – Ketua delegasi skuad bola sepak Itali, Gianluigi Buffon percaya pemain-pemain pasukan itu sudah bersedia sepenuhnya menjelang separuh akhir playoff Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Ireland Utara di Stadium Gewiss awal pagi esok.

Legenda penjaga gol Azzurri itu sedar ramai pihak memiliki pandangan skeptikal terhadap pasukan tersebut tetapi beliau yakin pemain-pemain Itali sudah biasa berdepan dengan situasi tersebut.

Buffon berkata, Itali kerap dipandang serong selepas mereka gagal melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia dalam dua edisi terdahulu tetapi ia langsung tidak menjadi penghalang untuk mereka mempamerkan aksi terbaik.

“Sekarang adalah detik penentuan. Sepanjang 120 hari ini, kami sudah pun melakukan persiapan terbaik dan ia mampu menjadi pembakar semangat untuk semua pemain merealisasikan hasrat tersebut.

“Memang benar banyak pihak memiliki pandangan skeptikal terhadap kami tetapi saya percaya, pengkritik ini akan memberikan sepenuh sokongan kepada Itali sebaik sahaja perlawanan dimulakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pemain-pemain Itali menghormati Ireland Utara kerana menganggap mereka mungkin berada dalam bahaya seandainya memandang remeh cabaran skuad kendalian Michael O’Neill itu.

“Kami perlu menghormati kemampuan Ireland Utara tetapi saya percaya kami mampu melangkah ke perlawanan akhir sekiranya semua pemain memberikan komitmen 100 peratus. Saya harap pemain tahu apa yang mampu dilakukan lawan,” ujar Buffon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN