fbpx
Gambar hiasan.

Lesen mati lebih 36 bulan tidak layak nikmati Budi95 – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) diingatkan supaya memastikan dokumen itu sah dan aktif bagi membolehkan mereka menikmati subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95).

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataannya berkata, hanya lesen yang masih aktif melayakkan seseorang warganegara menikmati subsidi tersebut.

Menurut JPJ, lesen dikira aktif sekiranya tempoh tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh pembaharuan terakhir. Dalam tempoh itu, pemegang lesen masih boleh memperbaharuinya tanpa perlu menjalani ujian tambahan dan kekal layak menerima subsidi Budi95.

“Sekiranya lesen memandu tamat tempoh melebihi 36 bulan, pemegang lesen tidak lagi layak menerima subsidi Budi95.

“Pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan secara terus dan pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di mana-mana institut memandu,” katanya.

JPJ menyeru orang ramai agar memperbaharui lesen dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan kelayakan subsidi terus terpelihara.

JPJ turut menegaskan bahawa setiap individu yang memandu kenderaan bermotor wajib memiliki lesen yang sah sebagai langkah menjamin keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN