fbpx
BARISAN pemain negara sudah menjalani latihan pertama di bumi Bangkok sebagai persiapan menentang Vietnam pada Selasa ini. - MALAYSIA NT

Latihan Harimau Malaya di Bangkok positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya menganggap keputusan ‘berkampung’ di Bangkok, Thailand bagi mengharungi aksi kelayakan terakhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam sebagai langkah yang tepat dalam usaha memburu keputusan positif.

Pengendali skuad negara, Peter Cklamovski menegaskan, perancangan menjalani kem latihan pusat di negara Gajah Perang sejak Isnin hingga esok sudah dibuat dua bulan lalu.

“Ia berdasarkan kekurangan kemudahan latihan yang sesuai untuk kami di dalam negara.

“Di Thailand, kami mempunyai akses kepada padang berkualiti dan kemudahan yang sangat baik. Ia selari dengan standard pasukan kebangsaan dan yang penting ia masih dalam bajet kami (pengurusan skuad kebangsaan),” katanya.

Mengulas lanjut, Cklamovski mengesahkan kem latihan tersebut tidak melibatkan sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa yang rasmi, sebaliknya digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan tahap permainan pasukan sebelum berdepan Vietnam.

“Kami akan gunakan tempoh di Thailand untuk membina corak permainan supaya mendapatkan semula rentak. Mungkin kita akan atur perlawanan ujian dalam kalangan pemain.

“Kemudian, kami akan berlepas ke Vietnam (esok) sebelum perlawanan untuk membuat persiapan terakhir,” katanya.

Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-135 dunia kini berada di tangga kedua Kumpulan F dengan mengutip sembilan mata, manakala Naga Emas di kedudukan pertama dan sudah mengesahkan status selaku juara kumpulan.

Pintu untuk skuad negara layak ke Piala Asia sudah tertutup selepas dipotong enam mata oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan ketika bertemu Vietnam dan Nepal, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN