fbpx
MUHAMMAD Fadhil Mohd Zonis - KONFEDERASI BERBASIKAL ASIA

Fadhil, Izzah diuji nasib di pentas ACC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad berbasikal trek negara sekali lagi dihimpit kekecewaan apabila dua sandaran utama, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang menaiki podium dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026.

Dalam aksi final elit lelaki, Fadhil mempamerkan kayuhan bertenaga dan berani mencabar kelompok hadapan, namun terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas dipintas pada saat akhir.

Lebih menyakitkan, jurang hanya 0.111 saat (s) memisahkan pelumba negara itu daripada pingat gangsa, sekali gus menggambarkan betapa sengitnya persaingan di pentas Asia.

Keputusan tersebut turut mengulangi skrip lama apabila wakil negara sekali lagi sekadar ‘nyaris podium’, meskipun memperagakan prestasi kompetitif sepanjang perlumbaan.

Pingat emas dimenangi pelumba China, Xie Han, diikuti rakan senegara Li Zhiwei, manakala gangsa menjadi milik Kang Shih Feng dari Taiwan.

Dalam saingan wanita, Izzah yang sebelum ini muncul juara edisi lalu, berdepan detik malang apabila dikenakan penyingkiran ketika sedang berada dalam kelompok hadapan.

Insiden itu meranapkan peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan, sebelum akhirnya diklasifikasikan di kedudukan kelima meskipun dilihat berpotensi mencabar podium.

Emas acara wanita menjadi milik Yuan Liying dari China diikuti Wang Lijuan, manakala gangsa diraih wakil Jepun, Nakazawa Haruka.

Sementara itu, Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dalam final 7-12, manakala Nur Alyssa Mohd Farid berada di tempat ketujuh, sekali gus melengkapkan kempen hambar skuad negara dalam acara keirin kali ini.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN