fbpx
Felda Soeharto. Foto MEDIA SOSIAL

Alamak, jalan kampung saya sudah tak ‘secret’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jalan ‘tikus’ di laluan Felda Soeharto dan Felda Sungai Tengi kini tidak lagi menjadi rahsia gara-gara aplikasi Waze yang memberi jalan pintas untuk elak dari kesesakan lalu lintas.

Menerusi hantaran di Threads oleh Amierahzainor, dia mendakwa bahawa berlakunya kesesakan lalu lintas di laluan Sabak Bernam menghala ke Tanjung Karang.

“Ikut Waze, dia bagi jalan pintas dari Felda Soeharto ke Felda Sungai Tengi. 100 peratus bebas jem,” katanya.

“Mak kata sepanjang hidup tak pernah lagi balik dari kampung ikut jalan itu,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyarankan untuk menggunakan laluan tersebut pada waktu malam kerana banyak menghala laluan ‘estate’ (ladang) dan tiada lampu jalan.

“Jalannya okay cuma macam tak digalakkan lalu situ pada waktu malam sebab banyak lalu ‘estate’ dan lampu tak banyak,” ujarnya.

Rata-rata pengguna mendakwa laluan tersebut merupakan laluan yang tidak sesak sebelum ini.

“Kampung akak itu, dulu tak ‘viral’ (tular) tenang je kami. Sekarang sudah masuk jalan yang wajib jem bila musim perayaan,” jelas Syafierasalleh.

“Alamak, jalan dalam kampung saya dah tak ‘secret’ (rahsia),” kata pula pengguna Arifahnrdn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN