fbpx
GABRIEL (kanan) dan Saliba (kiri) antara salah seorang daripada enam pemain Arsenal yang mengalami kecederaan ketika ini.

Taktik Arsenal ‘simpan’ pemain cedera?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal menerima tamparan hebat apabila enam tonggak utama menarik diri daripada tugasan antarabangsa kerana mengalami kecederaan dan terpaksa dipantau menjalani pemulihan bersama kelab.

Pertahanan Brazil, Gabriel Magalhaes menjadi nama terbaharu mengumumkan penarikan diri selepas mengalami kesakitan pada lutut kanan susulan kekalahan Arsenal kepada Manchester City dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Wembley kelmarin.

Menurut kenyataan rasmi Brazil, keputusan itu dibuat selepas ujian imbasan mendapati pemain berusia 27 tahun tersebut tidak berada pada tahap kecergasan yang membolehkannya bermain aksi persahabatan menentang Perancis dan Croatia bulan ini.

Seorang lagi tonggak pertahanan, William Saliba turut menarik diri daripada skuad Perancis akibat masalah buku lali kiri yang memerlukan rawatan serta rehat sekurang-kurangnya 10 hari.

Turut menarik diri adalah pemain sayap Belgium, Leandro Trossard, Jurrien Timber (Belanda) serta Eberechi Eze (England) yang dilaporkan mengalami masalah betis dan bakal menjalani imbasan lanjut dalam masa terdekat.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard melengkapkan senarai yang dikecualikan daripada menyertai skuad Norway kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut dialaminya sejak bulan lalu.

Namun, Arsenal menghantar seorang lagi wakil dalam aksi antarabangsa selepas pertahanan, Ben White dipanggil menyertai England buat kali pertama sejak 2022, mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Jarrel Quansah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN