fbpx
Gambar hiasan.

Remaja 14 tahun maut terjatuh apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19 di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 14 tahun itu ditemukan orang awam di bawah bangunan tersebut, kira-kira pukul 4.20 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima satu laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.44 petang dan mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan dikejarkan ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Zon Merah hospital itu kira-kira pukul 5.40 petang,” katanya hari ini.

Tambah beliau, siasatan mendapati kejadian itu tiada sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat akan dilakukan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulhusni Hasani di talian 011-39360779 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di 03-55202222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI