fbpx
Kubur tunggal yang ditemui di tepi jalan dekat Klang yang dikongsi di Thread oleh pengguna @Fahimhrd.

Misteri ‘kubur tunggal’ tepi jalan di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kewujudan sebuah kubur tunggal yang terletak di bahu jalan sekitar kawasan Bukit Jati dan Kampung Jawa, tular di Threads baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna akaun @Fahimhrd, kubur yang terletak di kawasan semak tepi jalan raya tersebut dilihat masih terjaga rapi dengan batu nisan berbalut kain putih.

Ramai penduduk setempat mengakui kewujudan kubur misteri itu dikatakan sudah ada jauh lebih awal sebelum projek pembinaan jalan raya di kawasan berkenaan dijalankan.

“Orang lama cakap kubur itu pernah nak dialihkan tapi tidak boleh sebab ada kejadian misteri berlaku masa cuba nak alihkan untuk buat jalan,” kata Iam_Piji.

Ada juga yang mengatakan kubur tersebut milik seorang pahlawan lama kerana kawasan itu dahulunya merupakan hutan tebal.

Kisah tersebut turut diselubungi dengan pengalaman seram beberapa pengguna jalan raya yang pernah melalui kawasan berkenaan pada waktu malam.

“Pernah diganggu kejadian misteri apabila bonet kereta terbuka secara tiba-tiba dan ‘sesuatu’ yang berbau busuk menumpang di tempat duduk belakang sebaik sahaja selesai menutup bonet di hadapan kubur tersebut,” jelas @Nasyazy pula.

Menurut @Baariah_ms, dari kecil dia takut untuk melalui jalan tersebut kerana sunyi dan sangat gelap, ditambah pula dengan kubur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN