fbpx
Gambar dimuat oleh @_05yegga di Threads menunjukkan beberapa lelaki berada di koc wanita.

Lelaki selamba duduk di koc wanita MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila beberapa orang lelaki bertindak menceroboh dan duduk di koc (kawasan) khas wanita di MRT laluan Kajang.

Menerusi hantaran di Threads oleh @_05yegga berkata, sekumpulan lelaki tersebut enggan berganjak walaupun sudah ditegur secara sopan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada penumpang wanita lain.

Katanya, walaupun tren pada waktu itu tidak penuh dan masih banyak tempat duduk kosong di koc biasa, lelaki-lelaki berkenaan memberikan alasan ‘tidak peduli’ dan terus kekal berada di situ sepanjang perjalanan.

“Saya dan suami cuba menegur mereka secara baik, namun mereka menjawab dengan kasar dan mendakwa isteri atau adik-beradik perempuan mereka ada di situ sebagai alasan untuk terus duduk di koc tersebut.

“Sikap tidak menghormati peraturan ini sangat mendukacitakan kerana koc wanita disediakan untuk memberi ruang yang lebih selamat dan selesa buat golongan hawa,” luahnya.

Beberapa pengguna turut berkongsi tips agar mangsa segera menghubungi talian hotline RapidKL atau melaporkan terus kepada polis bantuan melalui kod QR yang disediakan di dalam tren untuk tindakan pantas dalam tempoh dua minit.

“Segera hubungi pihak RapidKL kerana dalam tempoh dua minit, polis bantuan akan datang untuk menghalau mereka,” kata @Dairimama.

“Anak perempuan saya yang pernah menghantar pesanan ringkas kepada talian bantuan tersebut sebelum tindakan segera diambil dalam masa dua minit sahaja,” tambahnya lagi.

Orang ramai turut menggesa agar pihak RapidKL mengambil tindakan lebih tegas dan meningkatkan penguatkuasaan di setiap stesen bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN