fbpx
Tangkap layar CCTV yang dimuat naik di Threads oleh Una.Snazzy92.

‘Kalau tak suka kucing jangan sampai bunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki warga emas menghempas seekor anak kucing sehingga mati mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Threads oleh Una_Snazzy92, lelaki yang memakai kain pelekat itu dilihat menghampiri tiga anak kucing yang sedang bermain di koridor sebuah flat.
Lelaki itu kemudian menangkap salah seekor haiwan tersebut lalu menghempas ke lantai beberapa kali hingga mati.

Dia turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap melampau kerana haiwan tersebut hanya bermain di kawasan koridor tanpa menceroboh masuk ke kawasan rumah suspek.

“Tak suka kucing pun jangan sampai bunuh, kucing tu elok je main depan rumah aku, tidak masuk kawasan rumah dia pun,” katanya.

“Ya Allah panas hati aku tengok bapa siapa ini tolong buat report (aduan) kalau tak mungkin banyak lagi kucing lain kena nasib sama,” balas @Bat.7392112.

Orang ramai mendesak pemilik video supaya membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan pelaku dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sabit kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015, individu yang menganiaya haiwan bakal berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN