fbpx
NURUL ANIS (kanan) ditemani bapanya, Zamri Muhammad, 58, menunjukkan gambar Muhammad Ammar yang maut dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani malam tadi.

Budak maut ketika melintas rupanya nak bantu ibu saudara di gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki yang maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Kota Kuala Muda, dekat sini malam tadi dikatakan mahu ke gerai makan milik ibu saudaranya yang terletak di seberang jalan untuk membantu mengemas.

Menurut Nurul Anis Amira Zamri, 25, adik bongsunya itu, Muhammad Ammar, 7, sering ke gerai makan tersebut untuk membantu ibu saudara mereka membersihkan gerai sebelum ditutup.

“Dia memang suka ke sana kerana boleh makan selain diberi duit belanja,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Katanya, arwah adiknya dilihat sedikit berubah apabila tidak banyak bercakap dan sebelum kejadian dia tiba-tiba memberitahu mahu mati di dalam bilik, bukan di tempat lain.

“Kami sekeluarga reda, namun berharap pihak polis melakukan siasatan menyeluruh untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Kota Kuala Muda malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.23 malam itu, mangsa, Muhammad Ammar Zamri yang mengalami kecederaan dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda sebelum disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN