fbpx
Tangkap layar hantaran video pengguna @Ibnu_Ahadun94 di TikTok seorang lelaki membeli ayam gunting menaiki skuter dalam kesesakan lalu lintas.

[VIDEO] Jalan sesak pun masih sempat ambil ‘order’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara tidak dapat menahan lapar disebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa, seorang pemuda bertindak mengeluarkan skuter elektrik dari but kenderaannya untuk membeli ayam gunting.

Menerusi video yang tular di TikTok Ibnu_Ahadun94, pemuda yang memakai baju Melayu berwarna hitam tersebut dengan selamba dilihat menunggang skuter di celah deretan kenderaan menuju ke sebuah gerai berhampiran.

Lelaki itu kemudian kembali semula ke kenderaannya sambil membawa ayam gunting.

Lebih mencuit hati, dia bukan sahaja membelikan makanan tersebut untuk diri sendiri, malah sempat mengambil pesanan daripada pemandu kenderaan lain yang terkandas dalam kesesakan tersebut.

Pemuda itu dilihat menghantar ayam gunting dan air kepada pemandu kereta yang berada di hadapannya.

“Dalam jem (sesak) pun beliau bijak menjana sumber pendapatan,” seloroh Mf29923.

Malah, menerusi video tersebut, dia sempat berseloroh memberitahu berjaya mendapat ‘upah’ sebanyak RM5 hasil daripada perkhidmatan penghantaran ekspres selama 10 minit itu.

“Kan dah cakap rezeki tu sentiasa ada, kita kena usaha dan percaya rezeki tu dimana-mana termasuk jalan raya,” tambah Zhewa. – KOSMO! ONLINE

@ibnu_ahadun94 SYAWAL CORE #viral ♬ bunyi asal – Nur Muhammad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN