fbpx
Tangkap layar video tular entiti didakwa lembaga putih dirakam pada waktu malam, namun tidak diketahui lokasi tersebut.

[VIDEO] ‘Dia pun nak beraya tu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu entiti didakwa lembaga putih berjaya dirakam di satu kawasan gelap pada waktu malam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Video berkenaan dimuat naik oleh pengguna TikTok Ikhwan95, namun tidak diketahui lokasi berkenaan serta kesahihan entiti itu sama ada ia lembaga putih, pantulan cahaya atau sekadar konten semata-mata.

“Baru turun airplane (pesawat) 3 Syawal,” menurut kapsyen pada video Ikhwan95.
Perkongsian itu juga mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial apabila kebanyakan mereka meninggalkan komen berunsur jenaka lebih-lebih lagi bunyi latar yang digunakan tidak menyeramkan.

Selain itu, ada juga mengaitkan kemunculan entiti didakwa lembaga putih itu pada bulan Syawal berikutan umat Islam telah tamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Konsisten betul, terus masuk kerja tak sambung cuti,” kata pengguna TikTok Illazo.

“Bagus dia ni, habis cuti terus kerja,” komen seorang individu.

“Sebulan cuti tak ada gaji. Terus semangat masuk kerja,” kata ShiaaAZ.

“Dia pun nak beraya tu,” komen Denz secara berseloroh. – KOSMO! ONLINE

@ikhwan95♬ ICELAND – Subway Surfers

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN