fbpx
Bukti pembelian tiket bas yang dikongsikan oleh individu terbabit.

Tulis bas lain datang bas lain, akhirnya kena tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda yang mahu menziarahi ibunya di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertukar menjadi cemas apabila menjadi mangsa pengurusan sebuah syarikat bas ekspres yang tidak bertanggungjawab di sebuah terminal bas semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh seorang pengguna, dia memaparkan luahan rakan mangsa yang kecewa apabila pemuda berkenaan ditinggalkan bas meskipun telah menunggu di hadapan kaunter seawal pukul 9.50 malam.

“Kesian dekat kawan, merata pinjam duit nak pergi Shah Alam nak tengok mak dia koma dekat ICU hospital. Akhirnya syarikat bas buat macam ini dekat dia.

“Dari pukul 9.50 kawan tunggu dekat sana sampai dekat pukul 11 malam. Akhirnya pergi tanya kaunter, (staf) cakap bas dah jalan dan dekat tiket cakap bas lain, yang datang bas lain,” kata hantaran tersebut.

Dalam pada itu, pemilik hantaran mendakwa rakannya berada tepat di hadapan kaunter sepanjang waktu menunggu, namun tiada sebarang pengumuman atau panggilan dibuat oleh pihak kakitangan bertugas.

Lebih mengecewakan, apabila aduan dibuat kepada pihak pengurusan (HQ), mereka mendakwa bas berkenaan sudah pun berada jauh di kawasan Teluk Intan dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu penumpang terbabit.

“Dah telefon HQ, mereka macam lepas tangan sahaja. Saya dan rakan-rakan yang lain kongsi duit nak tolong dia belikan tiket bas tapi jadi macam ini,” luahnya.

Susulan kejadian itu, rata-rata pengguna yang lain turut kongsikan pengalaman yang sama berlaku pada diri masing-masing

Orang ramai turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dalam memilih syarikat bas dan menyarankan supaya aduan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kebajikan penumpang terus terbela. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN