fbpx
Tangkap layar video menunjukkan keluarga itu berkelah di tepi sebuah lebuh raya. - TikTok

Tak tahan lapar, keluarga berkelah tepi lebuh raya di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah keluarga di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mereka dirakam makan beramai-ramai di tepi sebuah lebuh raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Subang, wilayah Jawa Barat. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan keluarga terbabit duduk bersila di tepi lebuh raya sambil menikmati makanan yang dibungkus. 

Mereka kemudian ditegur oleh anggota polis trafik yang sedang melakukan rondaan. 

“Ini bukan tempat makan tuan puan,” katanya dalam video itu. 

Rakaman kejadian mencatatkan lebih 15,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen 

“Mereka mungkin terlalu lapar,” kata seorang netizen. 

“Yang penting kenyang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI