JEMPOL – Seorang pemandu bas henti-henti berusia 48 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor lembu di Kilometer (KM) 28, Jalan Kuala Pilаh-Simpang Pertang, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Avenis dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi. Mayatnya dihantar ke Hospital Jempol dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.
Polis meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE














