fbpx
Antara penunggang motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan sempena Op Selamat 26 di sekitar ibu negara, semalam.

Op Selamat 26: 270 saman, notis dikeluarkan di sekitar KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 270 saman dan notis dikeluarkan dalam operasi bersepadu dijalankan Polis Diraja Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Op Selamat 26 di sekitar ibu negara, di sini semalam.

Operasi bermula kira-kira 10.30 malam itu menyasarkan pelbagai kesalahan lalu lintas serta pematuhan undang-undang jalan raya.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, ia melibatkan beberapa kawasan ‘hot spot’ antaranya Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang.

“Daripada jumlah tersebut, 116 saman dikeluarkan oleh JSPT, manakala 154 notis lagi dikeluarkan oleh JPJ hasil pemeriksaan ke atas 300 kenderaan.

“Pemeriksaan melibatkan lesen kenderaan dan memandu serta aspek teknikal bagi memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Zamzuri menegaskan, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI