fbpx
Nurul Izzah (dua dari kiri) sebak menatap arwah kakaknya, Nurul Hafizah buat kali terakhir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu hari ini.

Nahas pulang kenduri kahwin: Jenazah tiga beranak selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Jenazah tiga beranak yang terkorban dalam nahas di Kilometer (KM) 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, Dungun semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Nurul Hafizah Shaary, 39, anak lelaki keduanya, Mohd Redzuan Arash Mohamad Redzuan,13, serta anak perempuan bongsu, Nur Radya Athalia, 4, selamat dikebumikan pada pukul 6.15 petang.

Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan, Sungai Tong di sini untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan lebih 200 orang terdiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan mengiringi perjalanan terakhir mangsa.

Sebahagian mereka gagal mengawal sebak apabila adik bongsu Nurul Hafizah, Nurul Izzah yang melangsungkan perkahwinan semalam memberi penghormatan terakhir dan mencium jenazah kakaknya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Nurul Hafizah maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dipandunya terbabas. Nahas pukul 6.10 petang turut mencederakan anak sulung dan ketiga Nurul Hafizah iaitu Nur Raesha Amanda dan Nur Rakhis Aral Yn, 9,

Sewaktu kejadian, Nurul Hafizah dan empat anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ajil, Hulu Terengganu selepas menghadiri majlis perkahwinan Nurul Izzah di Sura, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN