fbpx
Anwar menerima panggil telefon daripada Sanae Takaichi

Malaysia, Jepun hargai hubungan erat sejak 1957

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri melahirkan penghargaan terhadap hubungan erat antara Malaysia dan Jepun yang telah terjalin sejak 1957.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan itu kini diperkukuh melalui Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Beliau berkata, semasa perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Jepun, Sanae Takaichi, kedua-dua pemimpin tersebut menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi, serta sains, teknologi dan inovasi.

“Saya juga berkongsi pendirian Malaysia berhubung situasi di Timur Tengah, yang menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta penyelesaian konflik melalui dialog dan diplomasi selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya di laman X di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia dan Jepun juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala serta memainkan peranan konstruktif dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan global.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI