fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bercampur saf. - Instagram

Jemaah lelaki, wanita solat raya campur saf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Kudus, wilayah Jawa Tengah memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bercampur saf antara lelaki dan wanita, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di Alun-Alun (Dataran) Simpang Tujuh Kudus,  baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infomalangan menunjukkan sejumlah lelaki dan wanita menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di sebuah dataran. 

Mereka malah bercampur saf, dengan penduduk tempatan hanya membiarkan perkara itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 142,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana jemaah lelaki dan wanita boleh bercampur?” kata seorang netizen. 

“Pihak penganjur yang salah!” kata pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN