fbpx
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan keadaan aliran trafik semasa di Lebuh Raya Lembah Klang di Bukit Lanjan, Damansara dan Dataran Prima.

Jalan raya Lembah Klang masih tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Lembah Klang khususnya Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dilaporkan lancar dan terkawal setakat tengah hari ini.

Tinjauan menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati jumlah kenderaan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) kini berada pada tahap rendah di kedua-dua arah.

Antara laluan yang dikenal pasti lengang termasuk kawasan tumpuan seperti Bukit Lanjan, Damansara, dan Dataran Prima.

Perkembangan trafik hari ini menunjukkan laluan jalan raya sudah kembali seperti biasa kerana orang ramai dikatakan sudah mula bekerja.

“Situasi tersebut jauh berbeza berbanding keadaan semalam apabila kira-kira 2.9 juta kenderaan dilaporkan memasuki Lembah Klang, sekali gus menyebabkan gangguan aliran trafik yang kritikal di hampir semua laluan utama.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN