fbpx
Keadaan trafik di Bentong menghala ke ibu negara.

Cuti sudah habis, Karak sesak 27km menghala ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke ibu negara dilaporkan perlahan dan sesak kira-kira 27 kilometer (km) ekoran peningkatan jumlah kenderaan perantau hari ini.

Menurut LPT Trafik, kesesakan dikesan di beberapa laluan utama menuju ke Kuala Lumpur setakat pukul 5.11 petang.

Antara laluan yang terlibat adalah dari KM75.3 hingga KM68 di Karak sejauh 7.3km dan 8.7km dari KM67.4 hingga KM58.7 (Karak ke Bentong).

Trafik turut dilaporkan perlahan sepanjang 3.9km dari KM55.9 hingga KM52 di Lentang, selain 6.5km dari KM43.8 hingga KM37.2 (Bukit Tinggi ke Genting Sempah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN