JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia nekad menebas 10 pokok cili miliknya kerana berang sayur itu sering diambil oleh jiran tetangga ketika dia tiada di rumah, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan wanita terbabit menebas kira-kira 10 pokok cili yang ditanam di hadapan rumahnya menggunakan parang.
Wanita itu berkata, cili tersebut sering hilang dan dipetik oleh jiran-jirannya tanpa meminta kebenaran.
Dia bertindak demikian agar mereka memiliki pengalaman yang sama dengan membeli cili di pasar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini namanya kedekut,” kata seorang netizen.
“Dia berhak marah kerana orang selamba petik tanpa minta izin,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














