fbpx
ARRIZABALAGA melakukan kesilapan besar yang menjadi punca utama kepada kekalahan Arsenal di Wembley awal pagi semalam. - AFP

Arteta pertahan kesilapan Arrizabalaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan keputusannya menurunkan penjaga gol simpanan, Kepa Arrizabalaga dalam kesebelasan utama selepas tewas 0-2 kepada Manchester City pada aksi final Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Wembley itu, Arrizabalaga melakukan kesilapan besar apabila gagal menangkap bola dengan kemas sehingga memudahkan pemain City, Nico O’Reilly menjaringkan gol pertama The Citizens.

Kekalahan itu memusnahkan impian Arsenal untuk meraih gelaran quadruple pada saingan musim ini.

Arteta diasak mengenai keputusannya menurunkan Arrizabalaga dalam aksi final tersebut walaupun penjaga gol utama, David Raya berada dalam skuad.

Namun, pengendali dari Sepanyol itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas dasar keadilan kepada pemain yang telah beraksi sepanjang kempen Piala Liga musim ini.

“Saya faham persoalan itu, tetapi saya perlu melakukan apa yang saya rasakan betul dan adil. Kepa bermain dalam semua perlawanan pertandingan ini, jadi adalah tidak adil untuk melakukan sesuatu yang berbeza pada final,” jelasnya.

Mengulas mengenai permainan, Arteta merasakan Arsenal sebenarnya memulakan aksi dengan baik sebelum hilang kawalan pada babak kedua yang akhirnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh City.

“Ini keputusan yang sangat sukar diterima, terutama buat pemain dan penyokong kerana kami tahu betapa besarnya makna trofi ini kepada mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN