fbpx
Tangkap layar video hantaran pengguna @mmrzmzrzmn di Threads mengenai ubat-ubatan yang menjadi permintaan orang ramai ketika musim perayaan ini.

[VIDEO] ‘Tewas dari hari pertama, sakit perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ubat-ubatan berkaitan sistem pencernaan kini menjadi ‘harta karun’ yang paling diburu selepas orang ramai mengadu tumpas akibat masalah sakit perut sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menerusi satu hantaran pengguna oleh @mmrzmzrzmn di laman Threads, permintaan tinggi terhadap ubat berkenaan di pasaran ketika ini membuktikan ramai yang mengalami gangguan kesihatan akibat kegagalan mengawal pemakanan.

“Betul ke ubat ini harta karun masa hari raya?,” soalnya.

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan hantaran tersebut kerana ada beberapa pengguna yang mendakwa mereka telah tewas sejak hari raya pertama lagi.

“Saya tewas dari hari raya pertama lagi, sakit perut,” katanya.

“Geng cirit-birit 10 kali, sampai kena ‘drip’ ubat,” kata pengguna Atirahawangleh_.

“Semalam saya sudah kena, sebulan jaga makan tiba-tiba raya pertama makan campur-campur, aku punya tahap meremang tahan dalam kereta dan sampai sahaja di rumah, aku terus lari sebab memang tidak tahan,” luah seorang pengguna lagi.

Pengguna lain berkata, bahawa mereka telah menyediakan pelbagai ubat-ubatan untuk sakit perut kerana risau akan berlaku situasi seperti ini.

Malah kakitangan farmasi turut mengakui permintaan terhadap ubat jenis activated charcoal (pil arang) meningkat baru-baru ini sehingga ada premis yang kehabisan stok.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersederhana dalam pemakanan ketika musim perayaan ini untuk memastikan sistem penghadaman tidak terganggu. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI