fbpx
RASHID

Tidak mustahil mampu julang Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEGENDA badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek tetap menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan skuad negara untuk menjulang Piala Thomas, biarpun prestasi semasa beberapa pemain perseorangan negara dilihat kurang konsisten.

Rashid menyifatkan saingan yang dijadual berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei depan di Horsens, Denmark itu sebagai pentas unik yang sering menjanjikan keputusan di luar jangkaan.

Tegas wira Piala Thomas 1992 itu, faktor semangat sepasukan antara pemain merupakan elemen penting yang mampu menutup sebarang kelemahan individu di atas gelanggang.

“Ini acara berpasukan. Kalau satu tumbang, yang lain boleh bantu dan tutup kekurangan itu. Paling penting semangat pasukan dan matlamat yang sama. Perlu saling memberi semangat antara satu sama lain dan bersedia pada hari pertandingan nanti.

“Tempoh berbaki kira-kira sebulan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh barisan pemain untuk memperkemaskan persiapan, khususnya dari aspek kekuatan mental dan ketahanan fizikal,” katanya.

Di Horsens nanti, Malaysia dijangka mempertaruhkan gandingan pemain perseorangan seperti Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh, selain meletakkan sandaran utama kepada acara beregu yang terus menjadi ‘senjata’ tradisi negara.

“Beregu kita memang kuat. Perseorangan pula bukanlah lemah sangat kerana masih ada kualiti itu. Kita cuma perlu cari satu kemenangan daripada perseorangan,” katanya.

Dalam pada itu, Rashid turut mengingatkan bahawa kejutan besar dalam kejohanan berpasukan bukanlah sesuatu yang mustahil selepas melihat kejayaan bersejarah India yang tidak diletakkan harapan, namun berjaya muncul juara Piala Thomas 2022 di Thailand selepas menewaskan Indonesia 3-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN