fbpx
PENDUDUK terpaksa keluar dari rumah selepas perumahan diselubungi asap tebal ekoran kebakaran di kawasan belukar di kaki Bukit Besi Hangit di Kangar, hari ini.

[VIDEO] Penduduk cemas perumahan diselubungi asap tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sebahagian kawasan di Bukit Chabang, Bukit Penangi dan Bukit Besi Hangit terbakar sejak minggu lalu ketika cuaca panas terik melanda seluruh Perlis.

Dalam kejadian terbaharu di Bukit Besi Hangit hari ini, lebih 50 penduduk cemas apabila kawasan belukar di kaki bukit tersebut terbakar dengan asap memenuhi perumahan Taman Bukit Kayangan.

Tinjauan Kosmo! mendapati anggota bomba giat memadam kebakaran yang menghampiri rumah penduduk di situ.

Penduduk dilihat keluar dari rumah masing-masing dengan ada yang membawa kucing peliharaan bagi mengelak sesak nafas berikutan kawasan diselubungi asap tebal.

Penduduk Taman Bukit Kayangan, Aimah Hassan, 57, berkata, kebakaran bermula tengah hari semalam di kawasan kaki bukit sebelum merebak ke bahagian atas bukit.

“Pasukan bomba datang memadam kebakaran di kawasan kaki bukit. Pada malam tadi, masih boleh nampak api di satu kawasan di atas bukit.

“Pagi tadi nampak sudah reda, tidak sangka petang ini terbakar di kawasan belukar ini pula. Api cepat marak dan kami risau kerana ia menghampiri rumah penduduk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, anggota bomba kini giat mengawal dan memadam kebakaran di situ.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Fakhrul Amsyar Mohd. Fauzi, 18, berkata, semua penduduk terpaksa keluar dari rumah masing-masing kerana keadaan asap yang tebal.

“Asap tebal kerana angin kuat dan bertiup ke arah rumah kami menyebabkan saya sekeluarga dan jiran-jiran terpaksa keluar mencari tempat selamat. Api juga cepat marak kerana cuaca panas dan berangin.

“Keluarga rancang nak buat makan-makan sempena raya petang ini, tidak tahulah macam mana bila dah jadi macam ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI